Raikkonen, Massa ungguli sesi latihanJENTERA merah Ferrari mengungguli sesi latihan kedua Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia apabila juara dunia 2007, Kimi Raikkonen dan rakan sepasukan, Felipe Massa mencatat masa terpantas di Litar Antarabangsa Sepang, petang semalam.
Raikkonen mencatat 1 minit 35.707 saat, hanya 0.125s mengatasi Massa ketika juara GP Australia, Jenson Button hanya berada di tempat ketujuh dengan masa 1:36.254s di belakang rakan sepasukan, Rubens Barrichello.
Ferrari yang gagal menyinar di GP Australia menguasai saingan selama satu setengah jam itu pada pertengahan sesi sebelum Vettel menghampiri catatan berkenaan ketika jentera Williams serta Brawn tampak kurang pantas di penamat.
Kami merasakan situasi di sini pasti akan berbeza berbanding Australia tetapi masih terlalu awal untuk mengetahuinya,” kata Raikkonen.
Fonte:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Sukan/20090404013525/Article